SELAMAT DATANG KE:

HTTP://KELANTANBOYS.BLOGDRIVE.COM/


Thursday, December 15, 2005
CERITA PENGAJARAN

CERITA PENGAJARAN

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah
di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang
cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah
ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis
malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt.
Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLA
M'


Posted at Thursday, December 15, 2005 by Safar
Make a comment  




Wednesday, December 14, 2005
TAKKAN KU MAAFKAN DIRI INI

TAKKAN KU MAAF KAN DIRI INI...

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 km bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik 5 orang semuanya- bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya
khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di
Kuala Lumpur
.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke
Kuala Lumpur
. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

"Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.

Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu.

Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan.

Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.

Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.

Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti.

Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara. Dinihari itu, saya menerima panggilan telefondari Hospital Teluk Intan.

"Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal
5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran.

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagi dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi.

Kepada pembaca yang masih ada ayah dan ibu, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu. Banyakkan lah berdoa untuk keduanya tak kira samada mereka masih ada atau sudah tiada..


Posted at Wednesday, December 14, 2005 by Safar
Make a comment  




Saturday, November 12, 2005
DATANG OT

KISAH DALAM BAS

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi  budak di dalam ni..".

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu  wanita itu berkata ;

"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..".

Lelaki itu pun dgn tersipu˛ membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu.

Dah lah aku kena beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Tiba˛ angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spontan lelaki itu berkata ;

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ...."


Posted at Saturday, November 12, 2005 by Safar
Make a comment  




Tuesday, November 08, 2005
KISAH LEPAS RAYA....

PENAT LAGI LE...MALAS NAK MENAIP...


TATAPAN PENUH CINTA.......


Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda saat ia sedang tidur?
Kalau belum, cobalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun bisa jadi akan tampak polos dan jauh berbeda jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sadarilah, betapa badan yang dulu kekar dan gagah itu kini semakin tua dan ringkih, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar karena tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus kebutuhan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata- mata karena rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah artikan.

Cobalah menatap wajah orang-orang tercinta itu... Ayah, Ibu, Suami, Istri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir pelan-pelan saat menatap wajah lugu yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutupi oleh kesalah pahaman kecil yang entah kenapa selau saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu bisa tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, istri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah melewatkan hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika membuncah jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, selamanya ...



ISLAMNYA
SEORANG WANITA
KRISTIAN

Gambar hiasan : Seorang wanita dari negara jiran melafazkan
ikrar Islamnya di hadapan saudara mara dan sahabat handai


Ruangan ini akan memuatkan kisah-kisah benar yang terjadi, yang kita kutip daripada kitab-kitab atau buku-buku tertentu. Untuk keluaran ini kita mengambil dan menterjemah satu kisah dari buku karangan Muhammad bin Abdul Aziz AI-Musnid yang bertajuk iaitu sebuah buku yang mengisahkan tentang orang-orang bertaubat dari kalangan cerdik pandai, orang-orang termasyhur, ulama, pendakwah dan lain-lain. Mudah-mudahan ianya menjadi iktibar untuk turut mengetuk pintu hati kita menerima kebenaran. Adalah keinsafan itu sangat besar harganya kerana ia lahir dari hidayat Allah, dan adapun taubat, tidak lain, ialah jalan paling akhir ke Syurga Allah.
PENGARANG


SANA ialah seorang wanita Kristian Mesir. Allah telah memberinya hidayah memeluk agama Islam setelah melalui perjalanan yang lama, penuh dengan keraguan dan kekufuran.

SANA menceritakan bagaimana dia mendapat hidayah: "Sama seperti gadis Kristian Mesir yang lain saya membesar di atas dasar keta'assuban agama Kristian. Kedua orang tua saya amat mengambil berat untuk membawa saya bersama mereka ke gereja pada setiap pagi Ahad, supaya saya dapat mencium tangan paderi, membaca lagu-lagu gereja di belakangnya dan seterusnya untuk mendengar ucapan yang disampaikan kepada ahli gereja tentang konsep kefahaman ketuhanan 'tiga dalam satu,' dengan mengemukakan sumpah kepada mereka bahawa orang-orang yang bukan Kristian walau betapa besar sekalipun kebajikan yang mereka lakukan, mereka adalah tetap dimurkai Tuhan, kerana menurut mereka, orang-orang ini mengingkari Tuhan.

Saya mendengar ucapan-ucapan paderi, tetapi tidaklah dengan sepenuh perhatian. Keadaan saya sama juga seperti keadaan kanak-kanak lain. Apabila keluar dari gereja saya akan terus pergi menemui teman saya seorang kanak-kanak perempuan muslimah untuk bermain-main dengannya. Yang jelas kanak-kanak belumlah mengetahui rasa iri dan kedengkian yang disemai oleh para pendita di hati orang-orang Kristian.

Setelah besar sedikit, saya masuk sekolah dan mula menjalin persahabatan dengan teman-teman sekolah yang tinggal di kawasan Suez. Di sekolah mata saya mula melihat tingkah laku baik yang diamalkan oleh teman-teman sebaya yang beragama Islam. Mereka melayan saya sama seperti melayan saudara seagama mereka. Mereka tidak melihat perbezaan agama saya dari agama mereka. Akhirnya saya dapat memahami bahawa AI-Quran rupanya menyuruh orang-orang Islam melayan orang-orang (yang bukan Islam) dengan cara yang baik dengan harapan supaya mereka masuk Islam dan terlepas daripada belenggu kekufuran.

Firman Allah Ta'ala:

 


"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama, dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil [Al-Mumtahinah : 8]

Salah seorang dari teman-teman muslimah itu secara khusus telah menjalin hubungan rapat dengan saya. Saya tidak berpisah dengannya kecuali semasa belajar mata pelajaran agama, kerana mengikut peraturan yang berjalan, saya akan belajar bersama dengan penuntut-penuntut Kristian tentang dasar-dasar agama Kristian melalui seorang guru perempuan Kristian.

Saya pernah teringin bertanya kepada guru saya : "Bagaimana mungkin orang-orang Islam dianggap sebagai bukan beriman - sebagaimana sangkaan orang-orang Kristian - sedangkan mereka itu mempunyai akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik? ........ Akan tetapi pertanyaan ini tidak jadi saya kemukakan kerana takut dimarahi oleh guru itu. Walau bagaimanapun pada suatu hari saya terlanjur juga menanyakan perkara itu. Dalam keadaan menahan marah dan dengan mengukir senyuman hambar di bibir, guru itu berkata kepada saya : "Engkau masih kecil dan belum lagi kenal dunia ini, jadi jangan tanda-tanda kecil ini boleh mempengaruhimu tentang hakikat orang-orang Islam. Kami yang sudah dewasa sudah mengenalinya...."

Mendengar jawapan itu saya diam membatu, tetapi menolaknya di dalam hati.

Keluarga teman rapat muslimah saya berpindah ke Kaherah. Pada hari kepergiannya kami menangis kerana kesedihan untuk berpisah. Kami sempat saling bertukar cenderahati. Teman muslimah saya ini tidak memberi apa-apa hadiah kepada saya sebagai tanda rapatnya persahabatan kami, kecuali sebuah Mushaf AI-Quran yang diletakkan di dalam kotak kecil yang dibalut dengan kain sutera. Ketika memberikannya kepada saya, dia berkata: " Saya sudah memikirkan akan memberikan hadiah yang paling berharga kepadamu sebagai kenangan persahabatan selama ini, tetapi saya tidak mendapatinya melainkan mushaf mulia yang mengandungi Kalamullah ini sahaja...."

Saya menerima hadiah teman muslimah ini dengan gembira dan ucapan terima kasih. Hadiah ini saya jaga betul-betul dari diketahui oleh pihak keluarga saya yang pasti tidak akan membenarkan anak mereka membawa mushaf AI Quran.

Setelah berpisah dengan teman muslimah itu, setiap kali mendengar azan memanggil untuk sembahyang dan menyuruh orang-orang Islam ke masjid, saya akan membuka hadiah itu, kemudian menciumnya sambil melihat keliling takut-takut kalau ada keluarga saya yang sedang memerhati. Jika mereka tahu pasti padahnya buruk bagi saya.

Hari demi hari berlalu. Sayapun berkahwin dengan seorang Koster (Penjaga gereja), sehingga mendapat 3 orang anak. Namun hadiah teman muslimah tetap saya bawa dan sembunyikan dari mata suami saya.

Saya bekerja di majlis daerah. Di pejabat ini saya menemui ramai kawan-kawan dari wanita-wanita Islam yang bertudung yang mengingatkan saya semula kepada teman muslimah saya yang lama.

Setiap kali suara azan kedengaran dari masjid-masjid yang berdekatan, perasaan sayu akan menikam hati saya tanpa dapat saya ketahui sebabnya, kerana ketika itu saya masih lagi belum Islam, dan suami saya seorang Koster yang rapat dengan gereja.

Dengan sebab bergaul dengan teman muslimah dan juga berjiran dengan orang-orang Islam, saya mula memikirkan hakikat Islam dan Kristian, dan membanding-banding di antara apa yang saya dengar di gereja tentang Islam dan orang-orang Islam dengan apa yang saya lihat dan saya rasai sendiri. Ternyata hakikat itu bertentangan dengan kata-kata paderi dan orang-orang Kristian yang ta'assub.

Saya berusaha mengenali hakikat Islam dan mengambil peluang ketika suami saya tidak ada untuk mendengar syarahan-syarahan ulama melalui radio dan televisyen.

Saya amat tertarik dengan bacaan AI-Quran AI-Karim yang dibacakan oleh Syeikh Muhammad Rif'at dan Syeikh Abdul Basith Abdul Samad. Saya dapat merasakan ketika mendengar bacaan mereka melalui radio dan televisyen, bahawa yang mereka baca itu tidak mungkin kata-kata manusia, akan tetapi adalah ia wahyu Allah.

Pada suatu hari ketika suami saya berada di gereja, saya senghaja membuka laci meja saya, dan dengan tangan yang gementar sayapun mengeluarkan simpanan mulia saya 'AI-Mushaf AI Syarif', saya buka dalam keadaan pandangan saya tertumpu kepada Firman Allah Ta'ala:

"Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya "Jadilah " (seorang manusia), maka jadilah dia " (Ali lmran: 59)

Tangan saya sangat gementar dan muka saya pula berpeluh, serta tubuh badan saya terasa menggigil. Saya merasa hairan, kerana sebelum ini pun saya selalu mendengar bacaan AI-Quran di jalan raya, televisyen, radio dan di rumah teman-teman orang-orang Islam tetapi belum pernah menggigil seperti ini.

Saya masih terus membacanya, sehinggalah saya mendengar suara gemeruncing kunci suami saya membuka pintu flat kami. Saya pun bersegera menyembunyikan mushaf AI-Syarif di tempat yang selamat, kemudian saya bersegera menyambut suami saya.

Pada hari berikut selepas kejadian itu, saya pergi ke tempat kerja. Dalam kepala saya masih berhimpun seribu pertanyaan, kerana ayat AI-Quran yang saya baca itu telah meletakkan satu garis pemisah antara fahaman: Adakah Isa Alaihissalam itu anak Allah sebagaimana yang didakwa oleh paderi atau adakah dia seorang Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh AI-Quran.

Ayat AI-Quran telah membuang keraguan saya dan menggantikannya dengan keyakinan. Ia telah mengisytiharkan bahawa Isa Alaihissalam berasal dari keturunan Adam juga. Jadi Isa Alaihissalam itu bukanlah anak Allah. Firman Allah:

"(Allah) Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya" (AI lkhlas: 3-4)

Kini saya bertanya-tanya untuk mencari jalan keluar. Saya telah mengenali hakikat yang sebenar, iaitu hakikat:

"Tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"

Sekarang bagaimanakah sikap keluarga saya, bahkan suami saya dan juga kedudukan anak-anak saya jika saya masuk Islam?!

Kesemua pertanyaan ini datang mengelilingi saya, sewaktu saya duduk di kerusi pejabat. Saya berusaha membuat kerja-kerja pejabat tetapi tiada berupaya. Keadaan terus berfikir dan berfikir hampir-hampir membunuh saya.

Peringkat awal yang saya nampak akan menimpa saya ialah saya akan dibunuh, sama ada oleh pihak keluarga atau suami atau gereja.

Tetapi apapun keadaan, sa'at yang ditakdirkan telah tiba juga. Pada hari itu saya telah merasa benar-benar bebas dari keraguan, berpindah dari gelap gelita kekufuran kepada cahaya keimanan.

Ketika saya sedang asyik berfikir, tiba-tiba menerpa ke telinga saya suara azan Zuhur dari masjid yang berdekatan mengajak umat Islam mengadap Tuhan. Suara azan itu menggelegak dalam jiwa saya.

Lalu saya terdiri, dan tanpa mengucapkan kata-kata pendahuluan, saya terus berteriak dengan melafazkan:

"Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah."

Dalam keadaan bingung dan kehairanan, teman-teman saya datang menerpa saya, mereka mengucapkan tahniah yang diiringi oleh tangisan kegembiraan, dan saya sendiri juga turut menitiskan airmata suka diiringi harapan semoga Allah menghapuskan segala dosa yang telah berlaku dalam hidup saya dan semoga Dia meredhai saya dalam hidup baru saya ini.

Berita saya masuk Islam telah tersebar ke segenap bahagian pejabat daerah. Ianya diketahui oleh teman-teman muslim dan kristian. Teman-teman kristian dengan marah menyampaikan berita ini kepada keluarga dan suami saya. Selain itu, mereka juga telah menabur fitnah bahawa di sebalik Islam saya itu ada maksud dan sebab-sebab tertentu.

Saya tidak memperdulikan kata-kata mereka yang penuh dengan kebencian itu, kerana bagi saya ada satu perkara lagi yang lebih penting, iaitu "mengisytiharkan Islam saya secara rasmi", dengan maksud supaya Islam saya itu jelas terang. Akhirnya sayapun pergi ke Jabatan Keselamatan Negara menguruskan keislaman saya.

Saya balik ke rumah untuk melihat reaksi suami saya. Rupa-rupanya sebaik saja suami saya mengetahui berita keislaman saya, dia bersama keluarganya telah membakar semua pakaian saya dan mengambil perhiasan-perhiasan harta dan perabot saya. Akan tetapi kesemuanya itu tidaklah mendukacitakan saya. Hanya yang mendukacitakan saya ialah kehilangan anak-anak saya yang telah dilarikan oleh suami saya dengan tujuannya supaya saya marah dan balik semula kepada kekufuran...... Masa depan anak-anak saya sangat mendukacitakan saya. Saya takut mereka akan diasuh di gereja dan akan bersama-sama dengan bapa mereka di Neraka Saqar.

Apa yang membebani saya ini saya adukan kepada Allah subhanahu Wataala supaya Dia mengembalikan semula anak-anak saya agar mereka dapat diasuh secara Islam. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Mula-mula ada beberapa orang Islam memberi jalan kepada saya supaya mendapatkan keputusan Mahkamah untuk memberi kepada saya hak penjagaan anak. Sayapun pergilah ke mahkamah dengan membawa bersama Sijil Perakuan Islam saya. Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang tepat, memberi pilihan kepada suami saya sama ada hendak masuk Islam atau berpisah dari isteri. Suami saya enggan masuk Islam, lalu mahkamah memutuskan bahawa hak menjaga anak diberikan kepada saya, atas asas mereka itu belum baligh.

Saya menyangka problem saya telahpun berakhir. Rupa-rupanya tidak. Suami dan keluarga saya telah memulaukan saya melalui ucapan dan ejekan yang bertujuan untuk melemahkan jiwa dan peribadi saya. Saya juga dipulaukan oleh orang-orang Kristian yang pernah saya kenali. Selain itu, mereka juga menyebarluaskan cemuhan terhadap saya dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah saya dan menakut-nakutkan orang Islam yang lain dari membantu saya dan supaya hubungan saya dengan mereka terputus.

Walaupun ada tekanan ini, saya tetap teguh dan berpegang kepada Iman saya dan menolak semua usaha yang bertujuan mengeluarkan saya semula dari agama yang benar. Saya menadah tangan dengan berdoa kepada Pemilik bumi dan langit supaya Dia memberikan kepada saya kekuatan dan keteguhan menghadapi segala apa yang berlaku di sekeliling saya dan supaya Dia menghilangkan kesusahan saya.

Doa saya diperkenankan oleh Allah Yang Maha Hampir lagi Maha Memperkenankan. Masalah saya telah dapat diatasi melalui seorang balu muslimah yang miskin harta, tetapi kaya jiwa. Balu muslimah ini mempunyai empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Balu ini kasihan dan kagum dengan kedudukan saya, lalu dia menawarkan kepada saya untuk berkahwin dengan anak lelakinya 'Muhammad' supaya saya dapat hidup bersama anak-anak saya dan keempat-empat orang anak perempuannya yang sedia di bawah jagaannya. Selepas berfikir panjang, sayapun bersetuju kahwin dengan Muhammad, anak balu muslimah yang baik itu.

Kini saya hidup bersama suami saya seorang muslim (Muhammad). Walaupun menghadapi tekanan dari bekas suami saya, disamping layanan buruk pihak keluarga saya yang masih Kristian, namun kami sekeluarga tetap berada dalam kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman.

Saya masih tetap berdoa semoga keluarga saya yang masih Kristian mendapat petunjuk dari Allah dan menerima rahmat, sebagaimana Allah memberi petunjuk dan rahmatnya kepada saya.

Semua perkara bagi Allah Ta'ala adalah mudah.


 


Posted at Tuesday, November 08, 2005 by Safar
Make a comment  

DEMAM.....


hARI INI AKU MASIH SEPERTI BIASA LAGI. MINGGU NI AKU DATANG NGAN BAS SEBAB KAKAK DAN ABANG AKU BALIK KELANTAN. SO AKU DOK SORANG JE KAT RUMAH. AKU NAIK BAS DARI KAJANG KE PUTRAJAYA. SEKALI SEKALA PANAS GAK HATI AKU NI MENUNGGU BAS TAPI OK LAGI LE. AKU BOLEH KAWAL PERASAAN....APAPUN DEMAM AKU NI MASIH ADA. HIDUNG PUN MASIH BERAIR SEMACAM JE. TAMBAH LAGI SEJUK SANGAT KAT OPIS NI...APAPUN AKU MASIH TAK BOLEH BERCELOTEH PANJANG. KENANGAN MASA DATANG KE KL MASIH LAGI TERASA....APATAK NYA AKU MASIH INGAT LAGI KAWAN AKU MEMBEBEL DALAM KERETA MASA JEM PANJANG...

DIA CAKAP KAT AKU....JALAN TERLALU SESAK SANGAT. KALAU KERETA BERGERAK PERLAHAN2 DIA TAK KISAH TAPI...JUST BERGERAK HANYA DUA JENGKAL JE LEPAS TU BERHENTI LAMA SAMPAI 15 MINIT..SEBAB TU LE LEWAT SAMPAI KE KL....BERTOLAK JAM 9 PAGI SAMPAI JAM 2 PAGI ESOK...PUNYA LE LAMA PERJALANAN...APAPUN SABAR SAJALAH YANG PASTI KAMI SEMUA SELAMAT SAMPAI......



Ceritanya begini.....

Adalah satu nyah ni tengah nazak.Dia nak meninggal dunia, tapi hazabnya tak dapat nak menghembuskan nafasnya yang terakhir..Then, ustaz  kampung tu pun tanya;
" dia ni laki ke perempuan?( Soalan seorang lelaki la nih..kalau ustaz nyah akan tanya gini" U ols!Dia ni cando la.Fomfuen ke Fonen?"Sorry..selingan!
Then....
Salah seorg Mak nyah ( kawan dia kot) yang tengah baca Yaasin pun diam lalu mengepit, "asalnya dia lelaki, Ustaz!"..
Pada waktu itu..ada jugaklah saudara-saudara yang sedang nangis dan suasana terus menjadi suram..
Tiba-tiba......
Maknyah yang Nazak tadi pun terus meraunggg" Nak koneeeekkkkkkkkkkkkkk!!!!!"
Suasana kembali diam.
.........................................................................................................................................................................................
Keadaan menjadi sunyi dan diam.Hanya kedengaran bunyi cengkerik kedengaran di luar rumah.
Mak nyah tu meraung lagi, " nakkkk koneeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkk!!!!!"
Semua yang sedang membaca Yaasin mula tersilap tajwid.
Maunya tak silap...kau hengat perkataan tu orang tak faham??( sorry..selingan)

...............................................................................
"Masyaalllah! Kenapa dia jadi macam ni"? tanya Ustaz itu lagi.
"Dari Asar tadi lagi dia minta benda tu ,Ustazz"!, jawab Haji Man sambil tunduk mengeleng-gelengkan kepalanya.
Bunyi raungan semakin kuaat."Nakk Koneeeeeeeekkkk!!!!!"
"Teruskan bacaan Yassin", kata Ustaz pada semua jamaah yang hadir.
Kedengaran bacaan Yassin menjadi semakin kuat dan nyaring terutamanya daripada Jemaah wanita.Tetapi senyaring2 bacaan Yassin itu , kuat lagi laungan Maknyah yang hampir2 nazak tadi menyebut perkataan," Naaaaaaaaaaaaaakkk Konnekk!!!!!!!!!
.............................................................................................................................................
Setelah tamat solat maghrib...mak Nyah itersebut masih lagi meraung2 dengan perkataan tersebut menyebabkan semua jamaah mula bimbang.
"Saya tak berdaya, pergilah panggil ustaz kampung lain", kata Ustaz tersebut surrendered.Ustaz tersebut bingkas bangun dan meninggalkan jamaah yang sedang bertafakur dan membaca Yaasin.

Di dalam banyak2 jamaah tersebut ada dua jemaah fonens.Kedua-duanya adalah sahabat karib kepada si nazak tadi.Walaupun suasana tegang ..kedua2nya masih sempat mengumpat...

" Nok..hanjeng tak? sah2 pecah lobang !, kata Mak Nyah A.
"Sundelsss!!!..malu nih! Mujur mak pakai tudung, nok",balas Maknyah B
"mak punn...berangans lagi ke dia,nyeh?..dah nak mampos pun berani mati nih! minta konek pulak tu! cakap la cik nek!ramai sikit tak perasan
kan nyeh kann..kann..kannn?
"a'ah! Very de vassttt! Sbb berani mati nih!
Kemudian mereka terdiam apabila ada beberapa mata menjeling dan perasaan dengan perbualan mereka.Kedua-dua maknyah ini pun kembali membetul2kan tudung sambil berpura-pura menyambung bacaan Yaasin ( walhal bukan tau baca pun, sbb biasa baca majalah 'Vogue')
..........................................................
"Nak Koneeekkkk!!!!!! , pekik Maknyah nazak itu lagi.
Semua hadirin menjadi panik apabila Maknyah tadi
cuba bangkit sambil matanya merenung tajam ke dinding.
"Pegang dia!!!!" , kata salah seorang jamaah.
"Nakkk Konnekkk!! Aku nak koneekkk!!! Nak konekk jugakkkk!! Nakkk!! Nak konekkk, pekik maknyah itu semakin kuat!
tiba2..daun pintu berkuak dan datanglah seorang hamba Allah berbaju melayu,berkain pelikat dan berserban.
................ "Assalamualaikum! Saya ustaz Hanbali, dari kampung seberang.Tadi Ustaz Munir ada call saya..minta tolong uruskan janazah"."Kenapa dengan dia"?,tanya Ustaz muda itu.
" Walaikumussalam..Nntah lah Ustazz...tak tau lah! nanti Ustaz dengar sendiri!
Lebih kurang 2 minit ustaz muda itu terkumat-kamit.Maknyah nazak mula menjerit lagi ;
" Nakkkkk Koneekk"
Ustaz muda faham dan meminta semua anggota lain tunduk dan jangan melihat ke arah mayat selama 2 minit.
Lantas, Ustaz itu menyelak kain pelikat dan memberi mak nyah nazak itu memegang koneknya.
Belum samapai 2 minit mereka berpaling.Ustaz bingkas bangun lantas berkata dengan lantang;
"Inna lilla hi wa inna ilaihi rojiuunnnn"
Semua jamaah tersenyum apabila mengetahui jenazah dapat kembali ke rahmatullah dengan aman tanpa mengetahui perkara sebenar.
..........................................................................................................................................................................

tetapi.....
  Dua maknyah tadi telah mencuri lihat  perbuatan ustaz muda tadi dalam diam ( dah dasar fonens kann..Mana dgr nasihat!Org suruh jgn tengok tapi tgk jugak!) dan berkatalah MakNyah A pada Mak Nyah B:

"Noooookkk...tak sia2,kan? ..Akhirnya dapat jugak!Usaha itu tangga kejayaan!

 

Rebah, tewas - Digoda anak sendiri

Sesungguhnya kita semua mempunyai anak-anak gadis. Mereka lah yang paling susah untuk di jaga.

Sungguh memalukan... Baca la...

Bicara Agama
Rebah, tewas - Digoda anak sendiri
Oleh SYAHRIL A. KADIR

MUJIB (bukan nama sebenar) semakin gusar. Anak gadisnya, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa Mujib menghentikannya daripada sekolah. Puas dia menegur dan memarahi anaknya itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerjanya memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu. Walaupun jauh di sudut hatinya Mujib tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi dia sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, Mujib mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadisnya itu.

Dia akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isterinya, Mujib tercium bau wangi. Ketika itu dia melihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi berpesta.Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak keluar berjalan-jalan bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuk sakanlah Mujib!

Dimakinya Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isterinya cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung Mujib.

"Sejak itulah dia memasang dendam terhadap saya,'' kata Mujib kepada penulis.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya. Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu
tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu Mujib dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka. Sehinggalah pada suatu hari sewaktu Mujib hanya tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba Mujib terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

"Abah, masuk kejap dalam bilik,'' kata Julie.
 
 Mujib yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie. Alangkah terperanjat Mujib sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut,kerana anak perempuannya itu hanya memakai coli dan seluar ketat berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

"Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman saya ketika itu terlalu lemah, saya tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.Yang menghairankan saya, sewaktu tengah `bersama' tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang saya sudah jauh terpesong.

"Saya yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian saya. Dalam erti kata lain "kejadian" itu berlaku tidak sampai tiga minit,'' katanya.

Menurut Mujib, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan' yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

"Akhirnya baru saya tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan saya, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya."

"Julie yang memang berdendam dengan saya merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.Pun begitu saya yang paling bersalah dalam hal ini, saya sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,'' kata Mujib.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan. Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimana pun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka."Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."

"Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata: "Baru-baru ini dia ada menghantar
surat
untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.''

Petikan dari Web: Utusan
Malaysia, 17 Mei 2005

Prev: Jus for Laughs


Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka."Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."

"Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata: "Baru-baru ini dia ada menghantar
surat untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.''

Petikan dari Web: Utusan
Malaysia, 17 Mei 2005


Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka."Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."

"Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata: "Baru-baru ini dia ada menghantar
surat untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.''

Petikan dari Web: Utusan
Malaysia, 17 Mei 2005

 


Posted at Tuesday, November 08, 2005 by Safar
Comment (1)  




Sunday, October 30, 2005
SELAMAT HARI RAYA


aSSALAMUALAIKUM

BAHANG RAYA SEDIKIT TERASA. JIKA SEBELUM NI ENTAH KENAPA AKU

TAK ADA PERASAAN PUN UNTUK RAYA.MUNGKIN SEMALAM AKU

DAPAT KAD RAYA DARI ANAK BUAH AKU KUT.DIA MENUNGGU KEPULANGAN AKU.......AKU PUN

GEMBIRA LE...

MALAM NI AKU AKAN BALIK KG...SEMOGA PERJALANAN AKU SELAMAT.
KAT OPIS PULA TAK ADA ORANG. ENTAH LE SEMUA DAH BALIK DAH. ENTAH DOK BUAT KUIH DAH KAT RUMAH ATAU DAH TEMUI KAWAN2 LAMA. TAPI AKU......MASIH KAT SINI..

SISIPAN DIARI:


CINTAKU PADANYA....

Bismillahirrahmanirrahim........

Ya Allah,
JikaBA aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU

Ya Rabbul 'Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMU,
Jangan kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMU

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU,
Jangan membiarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..........

Amin.........

mak!!!

 LAHIRMU BUKAN UNTUK DUNIA,TETAPI DUNIA UNTUK
KEPULANGANMU................
RENUNGKANLAH............FIKIRKANLAH LAHIRMU BUKAN UTK DUNIA,TETAPI
UTK KEPULANGAN KITA

assalamualaikum! saya nak awak kongsi bersama,bacalah warkah ni,,

WARKAH BUAT IBU...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan

sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak
kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal
kan anak2 mak.....
nak tinggal
kan
dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3
helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam
.....
kengkadang siaran
indonesia
...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi
mak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu
kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang
kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu
18/08/1999
pukul 3 petang mak tiba2 sakit
perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik
beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon
kan
kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan
terakhir kali
mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup,
mak
kan
banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar
keling
naik
motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali
bgtau kat
mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak
kan...ampon kan
kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi
19/08/1999

Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam
keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab
kan
pagi
masih
awal,
jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi
kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh
mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik
atas
mak....

Mak.....
Sampai takat ini
surat
ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter
baca
yassin
untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali
terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat
kan
yang anak mak ni jadi imam solat jenazah
untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi
mak
ke
tanah
perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas
maghrib
anak mak
ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu
apa
lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat
dibendung...
Mak tauu...kiter
cuba
bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul
kan
..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti
kalau gini
ajer mak yang susah kat
sana
.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik umahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke
hulu
hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah
al-fatihah
kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor
kan
...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis
surat
kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat
nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..


Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih
kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil...


Hati seorang ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

]
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

 
KASIH BAPA SEPANJANG MASA,KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
 

Lima puluh empat tahun dulu
Aku pun lahir
Ke dalam keluarga daif
Yang terwaris turun temurun.
Orang tuaku hanya tahu
Menoreh getah dikala pagi
Menanam padi sebelum senja.
Tidak pernah bersekolah mereka.


Orang tuaku sering memikir
Apakah aku ini anaknya
Akan terus mewarisi
Kejerihan hidup sepertinya juga?
Empat puluh empat tahun dulu
Usiaku baru sepuluh
Dan orang tuaku masih muda belia.
Berkata bapaku
Di kebun getah bukit Kepat:
“jika anakanda ingin hidup sempurna
Dan menjadi manusia berguna,
Tidak menorah getah seperti kami
Dan seluruh keluarga kita sepanjang masa,
Kau anakku mesti tekun belajar
Hingga sampai ke universiti.”
Budak kampong di usia seperti aku
Mengerti apa hal universiti?
Bapa hanya tahu
Universiti itu tempat berkumpul
Cerdik pandai dan manusia berguna
Tiga puluh empat tahun dulu
Aku pun menjejakkan kaki ke kampus universiti
Sebagai pelajar
Kononnya cerdik lagi pandai.
Orang tuaku yang masih menoreh getah
Lapang hati tiada terkira.
Tertepa di kepala satu harapan.
Kata bapa,mereka selalu mengirim doa
Agarku lekas jadi orang berguna.
Tiga puluh tahun dulu
Sampailah berita
Yang aku sudah lulus jadi doktor
Orang tuaku yang masih lagi menorah getah
Sujud syukur pada ilahi.
Tahulah mereka
Yang aku tak perlu lagi
Menjejak mereka menorah getah.
Orang tuaku sungguh bangga
Kerana pandai mendidik anak.
Enam belas tahun dulu
Ketika aku diangkat menjadi professor
Juga dekan fakulti
Bapa pun membungkus mata pisau torehnya
Dan ibu,mata ketam tuai padinya
Dengan secebis kain semutar bapa.
Lalu disangkutnya pisau dan ketam tuai
Pada paku di dinding dapur
Orang tuaku mengucapkan selamat tinggal
Pada kebun getah
Pada sawah padi,buat selamanya
Tiba-tiba
Segunung padah melanda tiba
Gelap malam pun turun
Menyerkup hidupku
Dengan gundah gulana.
Bumi kupijak rekah tanahnya
Aku pun jatuh ke perlembahan hina.
Di saat aku hilang maya
Kau datang, ayah bondaku.
Kau membawa secangkir air penawar tujuh warna
Dan sebatang dian yang bernyala.
Anakku,kalau rebah dirimu
Terlanggar batu,dan luka jari kakimu,
Kulit berlumur,darah pun menyembur,
Bangun kau anakku!
Bangun kau anakku!!

Jangan gentar kau pada batu.

Dengan tanganmu

Baling musuhmu itu sejauh mahu”

Kau pun basuh arang

Yang terconteng di mukaku.

Kau pulangkan maruahku

Yang telah sekian lama hilang.

Di cahaya dian,aku pun kembali berdiri

Mengukur diri.

Dua tahun lalu

Aku pun menjadi Timbalan Naib Canselor

Penjaga ank-anak watanku di Menara

Adakalanya aku bahagia melihat

Mereka berjaya,berakhlak mulia.

Adakalanya aku berduka,melihat mereka hilang punca.

Seminggu lalu

Ketika aku diangkat menjadi Naib Canselor

Air mataku menitis meniti pipi,perlahan

Tiada lagi tertahan.

Bagaimanakah akan ku ceritakanpada ayah bondaku,

Betapa sekian lama aku mengembara

Dalam keringat dan air mata

Berpayungkan doa mereka sepanjang masa,

Kemudian akhirnya

Sampai juga aku di muara?

Aku pun segera pulang ke tanah asal keturunanku

Di kesunyian kebun getah

Di tepian sawah

Ke rumah orang tuaku,si penoreh getah,si penanam padi:

Yang buta huruf sedari lahir

Yang buta angka sedari kecil

Tetapi yang cerah mata bagai bulan purnama

Yang terang hati bagaikan suria pagi

Kupulang ke rumah si buta

Yang ku panggil ibu dan bapaku.

Yang mengajarku:

Setajam-tajam mata pisau toreh mereka

Tajam lagi si mata pena

Kuziarahi orang tuaku

Yang semakin tua dimakan usia.

Kami menatap bersama

Pisau toreh ketam tuai di dinding yang kaya jasa

Yang masih berkelubung mata

Dengan kain semutar bapa.

Kata orang tuaku,dengan matanya tepat ke mukaku:

“Ceritakanlah pada anak-anakmu

Benarlah,kasih ayah sepanjang masa

Kasih ibu membawa ke syurga”

Ku cium tangan orang tuaku

Dengan hujan

Yang turun dari kelopak mataku

“Ayah dan bonda

Dian yang kau berikan padaku dulu

Sentiasa ku simpan rapi

Setiap kali malamku menjadi gelap

Dan anak-anakku menangis takutkan kegelapan,

Aku nyalakan dian pemberianmu itu

Pasti malam menjadi terang”


Abah Engkaulah segalanya..



Sekarang ni semua media sibuk memaparkan kisah dan topik tentang "Hari Bapa". Bila dengar je "Hari Bapa" teringat kat abah. Kadang-kadang rasa nak menangis kalau kenangkan setiap pengorbanannya terhadap fever. Hanya ALLAH S.W.T saja yang dapat memahami isi hati ni.



Sejak kecil lagi, fever memang rapat dengan abah berbanding mak. Mungkin sebab mak garang dan lebih beratkan abang dari fever. Tapi fever takla benci mak cuma apa saja yang fever lakukan selalunya akan mengingati abah dari mak. Anak abah la katakan...

Fever ingat lagi masa fever baru berusia 2-3 tahun, setiap pagi abah terpaksa keluar rumah dalam keadaan tak tenang..selalu menyelinap keluar sebab takut fever tersedar dari tido. Tapi kebiasaanya fever akan terjaga dan akan menangis nak ikut abah pegi keje. Kerap jugakla fever jadi atlit pelari pecut dok kejar moto abah semata-mata nak ikut g keje.

Disebabkan perasaan kasih dan sayang abah, dia sanggup memberhentikan moto dan bawak fever bersiar2 sekitar taman sebelum dia pergi keje. (nakal tol aku ni! hehe)...

Ingat lagi fever, tiap kali abah balik keje selalu dia akan bawa coklat untuk fever dan abang. Abah tak pernah bezakan fever dan abang. Kalau abah keluar outstation, kain pelekat dia jadi peneman fever sepanjang tido. Pernah la dulu sampai berminggu-minggu abah pergi outstation..demam beb!..yela rindu sangat kat abah.

Abah fever memang penyanyang..tiap kali fever demam. Dia yang akan bawa fever g klinik, suapkan ubat, yang paling best suapkan nasi. hehe tangan abah besar..2-3 kali suap dah kenyang. Tiap malam abah akan jaga fever , yang tak bole fever lupa sampai sekarang, fever suka pegang jari kelingking abah semasa tido. kalau terlepas sure fever terjaga.

Rindu plak rasanya suasana dulu, sebab sekarang cam dah segan nak pegang jari abah. dah besar!.. ahahaha..

Fever pernah mengalami kecelakaan jalan raya 2 kali dan menyebabkan peluang untuk hidup tipis. Abah orang pertama yang resah dan boleh dikatakan tiap awal pagi dia akan datang ke hospital untuk jaga fever. sedihnya masa tu..tetiba terasa taknak berpisah dengan abah.

Fever bukanlah anak yang baik sangat , asikla merunsingkan kepala dia. ada je perkara yang buat dia risau tapi abah paham fever camne. Dia yakin fever boleh berubah dan boleh membuat keputusan dengan baik.

Apabila fever dah besar, after SPM..fever berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Betapa gembiranya dia sehingga nama fever ni tak lekang dari mulutnya apabila di pejabat. Sehinggakan kawan-kawan abah selalu bercerita tentang kerenah dan gelagat abah setelah fever berjaya melepasi SPM. Gembiranya tu tak dapat dilupakan. Semasa fever berada di menara gading, setiap masa terluang dia akan datang menjenguk fever. Boleh dikatakan setiap hari dia akan datang dan kadangkala meluahkan perasaanya kepada fever. Segala masalah dikongsi bersama. Kami ni dah ibarat cam kawan. Takde rahsia..

Setelah tamat pengajian, hari konvokesyen ..masa tulah hari pertama air mata fever mengalir sebabnya abah adalah orang pertama yang hadir sehinggakan fever nampak dia melambai2 dr tempat duduk dia memerhatikan fever di atas pentas. YA ALLAH BANGGA NYA MASA TU!! kegembiraan abah terserlah setelah sekian lama fever tak pernah melihat dia sebegitu rupa. Air mata fever sentiasa mengalir mengenangkan abah selama ni bersusah payah membesarkan fever, mencari rezeki dan sentiasa melayan kerenah fever sehingga kini.

Bagi fever, abah seorang yang understanding dan sporting. Saat meninggalkan abah dari tanggungannya tulah satu saat yang paling sukar. Fever selamat diijabkabulkan dan kini menjadi tanggungan insan bernama suami. Fever menangis dipangkuannya dan berharap anak-anak fever akan merasai seperti yang fever rasakan. Setiap suka duka bersama abah dari lahirnya ke dunia sehingga memiliki keluarga sendiri.

Abah sentiasa memahami fever dan hingga ke hari ini, fever masih menyanyangi nya dan sentiasa berdoa agar abah dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang sempurna dan kebahgiaan sepanjang hayatnya. Fever sentiasa memikirkan bagaimana jika abah sudah tiada, camne la fever nak menghadapinya.?? tu yang buat fever rasa nak sentiasa bersamanya sepanjang masa.

Ya ALLAH..Panjangkanlah usia abahku dan berikanlah kerahmatan kepadanya dan lindungilah abahku


BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG


Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini...

"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk dikerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata :

"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir.

Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu...

"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati penerbangan kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat"

Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya, "Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur!"

 

 


Posted at Sunday, October 30, 2005 by Safar
Make a comment  




Saturday, October 29, 2005
DATANG OT LAGI HARI NI...

ASALAMUALAIKUM....

MASIH DATANG OT LAGI HARI NI.TAPI TAKDE MOOD NAK MENAIP LE...ENTAH LE TAK TAU KENAPA.. TENGAH LAYAN LAGU rAMLAH rAM...KAU KUNCI CINTAKU DIDALAM HATIMU....BEST LE LAGU NI........JIWANG SANGAT...HEHEH



SISIPAN DIARI:

ANTARA DUA CINTA....

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang didalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah didlm genggaman

Dunia ibarat air laut diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana indah dimata namun tiada
Panas yg membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang....

Tuhan leraikanlah dunia yg mendiam didalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yg kubunuh

Hidup di dunia hanya sementara,
Namun aku sering lupa dan lalai,
Oh Tuhan... berikan ku kekuatan,
Untuk menghadapi dugaanMu ini,

Oh Tuhan... semakin ku lari dari dunia,
Semakin dunia mengejarku,
Terasa berat himpitan dunia...
Ku rasa sesak di dada...

Namun ku tahu.. rahmatMu melangit luas,
KasihMu tiada terbatas...
KeampunanMu tiada terhingga..
Ampun
kan Dosaku ya Allah...

Oh Tuhan.. tiada terdaya di hati ini,
Menghimpun 2 cinta,
Cinta hamba kepada hamba,
dan cinta hamba dengan TuhanNya
,

Ya Allah.. jadikanlah cinta kami,
Cinta keranaMu ya Allah,
Moga-moga diredhai,
Cinta Tuhan yang kekal abadi...



Pengorbanan Seorang Wanita..Isteri..& Ibu..

BETONG 16 April - ``Abang lepaskan tangan
saya dan selamatkan anak kita,'' itulah kata-
kata terakhir Elina Othman, 21, yang
terkorban dalam tragedi bot pukat tunda
karam di Beladin, dekat sini, semalam,
kepada suaminya

.

Sesungguhnya pilihan itu amat berat sekali
ditanggung oleh Nur Jali Morsidi, 24. Namun
itulah qadak dan qadar yang telah pun
ditentukan oleh Allah s.w.t.

Elina berkorban nyawa semata-mata untuk
memastikan suaminya dan anak tunggal
mereka, Nurul Safina, 7 bulan, terselamat
dalam nahas itu.

Kata-kata terakhir itu masih terngiang-ngiang
di telinga Nur Jali walaupun dia redha
dengan pemergian Elina setelah mendirikan
rumah tangga selama dua tahun bersama
isteri tercinta.

Nur Jali ketika ditemui di rumahnya di Beladin
memberitahu, kejadian itu berlaku sekelip
mata dan dia, isteri serta anaknya telah
tercampak ke dalam sungai.

``Saya memegang anak saya di tangan
kanan saya, manakala isteri saya di tangan
kiri untuk menyelamatkan mereka.

``Pada masa itu isteri dan anak saya dalam
keadaan lemah akibat beberapa kali lemas
dan saya sendiri sukar untuk berenang
kerana memegang mereka berdua,'' katanya.

Kata Nur Jali, dalam kekalutan itu isterinya
meminta dia melepaskan tangannya demi
memastikan dia dapat menyelamatkan anak
mereka.

``Saya tidak mempunyai pilihan lain, kerana
isteri saya tidak pandai berenang dan
terpaksa melepaskannya dengan hati yang
berat,'' katanya.

Nur Jali berkata, dengan memegang anaknya
dia terus berenang ke tebing dan berharap
akan sempat kembali menyelamatkan
isterinya.

``Apabila tiba di tebing anak saya tidak
bergerak lagi, saya sangkakan dia telah
meninggal dunia, manakala isteri saya telah
hilang,'' katanya.

Menurut beliau, anaknya kini dirawat di
Hospital Betong dan jenazah isterinya yang
ditemui pada kira-kira pukul 7 pagi ini
selamat dikebumikan.

Menceritakan perubahan sikap isterinya, kata
Nur Jali, sehari sebelum mereka bertolak ke
Kuching iaitu pada 11 April lalu isterinya
berkali-kali memohon maaf.

``Dia juga meminta saya tidak melepaskan
tangannya ketika tidur, tetapi saya tidak
menyangka terpaksa melepaskan tangannya
di saat kami terpaksa berpisah selama-
lamanya,'' katanya.



Al-fatihah to the mother who sacrifies her life
for her daughter to live...Whut a beautiful
mother she was....

 

Best Regards,

Sayangilah mereka sementara mereka masih ada.........
Tumpah air mata ana pada pagi ini, sesudah habis membaca tulisan di
bawah ini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru
angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh
Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan
dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad
Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya
tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena,
memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin
tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari
sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam,
banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk
harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas
Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari
itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan
ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya
Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi
daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa
Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya.
Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya
balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka
pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta
menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."

"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.

Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup
prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah
pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah.
Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set
nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki
pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil
memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam
      tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak
      demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan

      kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya
      masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

      "Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita
      balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta.
      Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah
      anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta
      dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

      Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut
      laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai,
      janji dengan Syafiqah sudah luput.

      "Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa
      menunjukkan rasa sakit.

      Masih sempat bermain-main

      Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik
      sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-
      main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

      Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh
      tinggal dengan nenek," balasnya.

      Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah.

      Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak
      mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut
      denggi.

      Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut
      itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya,

      dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya
      menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah,

      soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

      5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan
      kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik

      sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

      Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor

      Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana."
      Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam
      baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya

      Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

      Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak
      sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara,
      itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang
      tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1
      tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya
      Utara Selatan.

      Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan
      asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah,
      suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh.
      Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti
      perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan
      letih.

      Celoteh bersama Luqman

      Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke
      Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun
      terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang
      bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman
      pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan
      mengantuk.

      Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah.
      Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik
      kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah
      jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk
      Syafiqah.

      "Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak
      tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di
      meja makan tidak cukup untuk semua kami.

      7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah
      menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara
      Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

      Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin
      dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak
      perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

      Kuatnya semangat Syafiqah

      Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya

      renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit
      bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya
      sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

      Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat

      ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi
      dan membersihkan tubuhnya.

      "Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya
      kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi
      selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang
      menziarahi.

      8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya
      keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang
      tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah
      tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang
      pedih dan perit.

      Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di
      depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya
cuba mengangkatnya tapi
      tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

      Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari
      rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti
      menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

      Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti
      berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali
      mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

      Terasa hangat

      Hati saya berkata-kata sambil
cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih

      terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil
      jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

      Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak
      tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti,

      ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya
      sehingga menginjak usia 11 tahun.

      Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti

      tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah
      lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan

      ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi.
      Degupan jantung kuat sekali.

      Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh
      Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang
      bergerak di tubuh Syafiqah.

      Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi
      harapannya tidak pudar.

      Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-
      talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka
      mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah

      pergi meninggalkan kami.

      Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang

      menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang
      kehilangan jantung hati kami itu.

      Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin
      sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

      Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi
      keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat
      penting Syafiqah yang diberikannya salah.

      Ketara pucat

      Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat.
      Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar
      suaranya jelas.
      Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun

      saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu
      bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya,
      malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-
      esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

      Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi,
      malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak

      tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

      Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu
      belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

> > >>>>Sebagai renungan untuk kita bersama...
> > >>>>
> > >>>>Assalamualaikum....
> > >>>>
> > >>>>Moga kisah yang dipaparkan ini menjadi panduan dan iktibar buat
> > >>>>
> > >>>>kita semua.......
> > >>>>
> > >>>>Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus
> > >>>>
> > >>>>dengan  Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa
> > >>>>
> > >>>>akan naik ke  Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap
> dengan
> > >>>>
> > >>>>Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu
> itu
> > >>>>juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu
> > >>>>hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang
> > >>>>di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab
> > >>>>dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
> > >>>>Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus
> > >>>>berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>Setelah  beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi
> > >>>>Musa ke  tempat berkenaan.
> > >>>>
> > >>>>Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau
> > >>>>berjaya  bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
> > >>>>dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak
> > >>>>melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan  melakukan sesuatu
di
> > >>>>dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa eekor babi betina
> > >>>>yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
> > >>>>
> > >>>>Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa
berbisik
> > >>>>
> > >>>>Dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan
> > >>>>dengan baik. Setelah itu babi itu  dilap sampai kering serta dipeluk
> > >>>>cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian
dia
> > >>>>keluar sekali lagi dengan membawa pula  seekor babi jantan yang
lebih
> > >>>>besar. Babi itu juga
> > >>>>
> > >>>>dimandikan dan  dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk
> > >>>>serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar
> semula ke
> > >>>>
> > >>>>bilik.  Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai
> saudara!
> > >>>>Apa  agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama
> > >>>>Islam.  " Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
> > >>>>begitu."  Kata Nabi Musa.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
> > >>>>adalah   ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
> > >>>>yang besar,   Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
> > >>>>hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
> > >>>>urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
> > >>>>kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua
> ibubapaku
> > >>>>sepertimana yang tuan hamba lihat  tadi. Walaupun rupa mereka sudah
> > >>>>menajdi babi, aku tetap melaksanakan  tugasku.", sambungnya.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
> > >>>>bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
> > >>>>sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda
> itu
> > >>>>lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa
> a.s.
> > >>>>'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu diSyurga
> > >>>>nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.
> > >>>>Ibubapanya yang  sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
> > >>>>Oleh itu Kami  naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
> berada
> > >>>>
> > >>>>di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
> > >>>>
> > >>>>Tempat  kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah
Kami
> > >>>>pindahkan ke dalam syurga."
> > >>>>
> > >>>>Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus
dosa
> > >>>>ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
> > >>>>
> > >>>>Ini juga  hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
> > >>>>
> > >>>>Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
> > >>>>Mudah-mudahan ibubapa  kita mendapat tempat yang baik di akhirat
> kelak.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu
> > >>>>bukan   urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh
> kasih sayang
> > >>>>
> > >>>>sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
> > >>>>
> > >>>>Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
> > >>>>bukan  urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah
S.W.T
> > >>>>supaya  kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh
> > >>>>akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat,
> > >>>>inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa dialam kubur.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui
hantaran
> > >>>>wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya
> > >>>>ialah  dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
> > >>>>terbaik disisi Allah.
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>
> > >>>>Atas ape yg kite membace di-fwrds mail nie, semata2 untok jadi
panduan
> > >>>>diri kite sebagai sorang ISLAM....akan tetapi terserah pade diri
> > >>>>pembace itu untok meneliti dan menilai isi kesah nye!.

Best Regards,

Nor Solihin Ahmad      

 


Posted at Saturday, October 29, 2005 by Safar
Make a comment  




Friday, October 28, 2005
DATANG OT


ASSALAMUALAIKUM....

HARI NI AKU DATANG OK...SEMUA BUDAK OPIS ADA YG BALIK KG. SO TINGGAL 3 ORANG JE OT HARI NI...APAPUN AKU RASA MALAS NAK MENAIP LAGI....

SISIPAN DIARI
> Sebenarnya aku menamatkan zaman bujang aku semasa

> aku masih lagi mengikuti kursus Diploma Pendidikan.
> Hubbyku pula telah bekerja. Maklum, pada masa tu
> akibat takut dihantar ke Malaysia Timur, kami
> mengambil keputusan drastic menamatkan zaman bujang.
> Masa tu aku menyewa bilik di Pantai Dalam dan hubby
> ku pula menyewa bilik di PJ.

> Selepas kahwin, sementara mendapatkan rumah, kami
> terpaksa menginap dulu dibilik sewaan kami
> bergilir-gilir. Maklum, sewa dah bayar. Alkisahnya
> begini. Seminggu selepas kami kahwin, hubby
> bercadang untuk mengajak kawan karibnya datang ke
> bilik sewaan kami untuk makan malam. Aku dah naik
> risau. Aku nak masak apa ni. Aku bukannya pandai
> masak. Tapi aku diamkan aje pasal tak reti masak ni
> kat hubby. Heheehhhehe?. Malu ler nak cakap. Nanti
> pecah rahsia, jatuh saham aku.

> Kebetulan hubbyku telah membeli ikan yang akan
> dimasak, malam sebelumnya dan di simpan di dalam
> peti ais rumah sewanya. Venue ialah di rumah sewa
> hubbyku. Kebetulan tuan rumah hubbyku tu masih
> bujang dan selalu out station. Kami merancang menu.
> Hahahahah??..
Ala kadar jer.
>
> 1. Ikan terubuk masak asam pedas
> 2. Ayam goreng
> 3. Tak ketinggalan ulam-ulaman dan budu (maklum kami
> ni orang kelate)
> 4. Ikan masam manis

> Tiba saatnya, aku pun memasak dengan menggunakan
> sepenuh kepandaian aku yang tak pandai ni. Akhirnya
> siap jugak masakan aku. Jeng, jeng, jeng????? Sampai
> ler tetamu yang ditunggu. Sorang jer???..

> Tak lupa aku merebus ikan yang telah hubby aku
> simpan dalam peti ais untuk dihumbankan ke dalam
> budu yang akan dicicah dengan ulam-ulaman. Tiba time
> makan, kawan hubby aku mencubit ikan yang direbus
> untuk dicicah ke dalam budu. Tiba-tiba keluar perut
> ikan tersembul. Ya Allah?????.

> Suami aku Tanya??Yang, tak siang ke ikan ni??
> Aku jawab, ?Ingatkan dah siang, sebab keras berbatu
> terus masukkan ke dalam periuk dan rebus, tak tahu
> belum siang lagi?.
>
> Yang kawan hubby aku diam jer, dia tahu kot aku dah
> termalu. Aku dah tak lalu nak makan. Aku cari idea
> cam ner aku nak lari dari diaorang dan masuk ke
> dalam bilik ni. MALUUUUUUUUUUUUUU.
>
> Aku pun pura-pura sakit gigi. Aku tinggalkan nasi
> yang baru dua tiga suapan dengan alasan sakit gigi.
> Aku tak fakir panjang lagi. Terus masuk bilik.
> HAHAHAHAHAHA
> Kesian hubby aku, konon nak tunjuk isteri pandai
> masak. Kenapa aku malukan hubby aku.

> Tapi itu semua dah berlalu. Sekarang aku dah pandai
> masak. Buat open house lagi kalau raya. Okey????.
> Jadikan pengajaran untuk bakal isteri yer. Walau
> sesibuk manapun belajar atau kerja, jangan malas2
> belajar masak.


Kisah Benar.. Nak Kaya

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat) kepada wartawan KLM. Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian
. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

 

"Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan
dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.


Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.


Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak
bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji
aku?"

 

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau
kaya nanti lupa diri pulak"

 

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang
tua tadi. 

 

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang
hidup sederhana".

 

 

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta.

 

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.

Itulah ceritanya.....



Posted at Friday, October 28, 2005 by Safar
Make a comment  

RANCANGAN TV3

ASSALAMUALAIKUM....

MALAS LE NAK MENAIP HARI NI.TAK DE MODD...ENTAH LE TAK TAU KENAPA...MUNGKIN SEBAB BLOG YANG SEWEL KUT..APAPUN ADA CERITA MENARIK KAT BAWAH NI BACA LE....SEBELUM GI SEMBAHYANG JUMAAT TU..


SISIPAN DIARI

Pertamanya tahniah kepada pihak TV3 kerana berjaya menyiarkan dokumentari berkenaan Ilmuan Islam yang pada pandangan saya merupakan satu program yang begitu menarik dan bermanfaat.

Pelbagai maklumat dapat diperolehi terutamanya mengenai khazanah ilmu yang dipelopori seawalnya oleh cendiakawan Islam. Begitu juga dengan program "Bersamamu" yang jelas menggambarkan keprihatinan TV3 dalam membantu insan yang memerlukan pertolongan.

Sejak kebelakangan ini juga, pelbagai isu masyarakat setempat kerap dipaparkan dan mendapat pembelaan menerusi ruangan "Buletin Utama". Sekali lagi keprihatinan TV3 yang seharusnya mendapat pujian!

Namun berbeza sekali dengan siaran yang dipaparkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya menjangkakan TV3 akan lebih prihatin dengan susun atur program terutamanya filem-filem yang ditayangkan sepanjang bulan puasa.

Nampaknya sangkaan saya meleset sama sekali apabila hari Isnin yang lepas, TV3 menyiarkan sebuah filem Cina yang bertemakan perjudian.

Filem tersebut hanya berkisar tentang isu perjudian, pergaduhan, keseronokan, keadaan orang yang mabuk dan gadis-gadis berpakaian bikini di paparkan tanpa tapisan.

Bagi saya filem sebegini tidak sesuai di tayangkan di Malaysia
lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan. Jelas sekali TV3 tidak sensitif dengan keadaan semasa dan majoriti orang Melayu beragama Islam di Malaysia.

Apa salahnya disiarkan filem yang membawa mesej yang baik dan teladan kepada semua. Jika sebelum ini berpuluh filem Hollywood, Bollywood, Korea dan lain-lain negara lagi mampu dibawa masuk ke Malaysia, apa salahnya jika filem-filem berunsur Islam seperti dari Negara Iran, Sudan dan Mesir turut dibawa masuk ke Malaysia.

Bukannya selalu filem-filem berunsur Islam ini ditayangkan dan dalam setahun boleh di hitung dengan jari. Mungkin sebulan puasa ini boleh di manfaatkan oleh TV3 dengan menayangkan filem-filem berunsur kebaikan untuk menjadi panduan kepada semua penonton terutamanya orang Melayu beragama Islam di Malaysia.

Sikap prihatin TV3 sewajarnya terletak kepada semua perkara dan bukannya perkara-perkara tertentu sahaja. Ia mungkin sejajar dengan konsep Islam Hadhari yang menyeru kepada perubahan ke arah kebaikan umat sejagat.

: Mahathir pernah terlibat dalam skandal seks?


KEPALA BATAS: Selain akan mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah Tun Dr Mahathir sepanjang pentadbirannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut membangkitkan persoalan ”Siapa perempuan Cina itu” apabila kes saman beliau terhadap Bekas Perdana Menteri itu dimulakan di mahkamah.


Menurut Anwar beliau sendiri akan bertindak sebagai ‘peguam’ untuk menyoal Mahathir nanti, katanya ketika berceramah sempena Perayaan 30 Tahun PAS Kepala Batas, di Markas PAS Pongsu Seribu, 30 September lalu.

"Saya tanya sahaja, bukan saya tuduh, biar dia jawab," jelas beliau.

Anwar turut menggesa Abdullah Badawi agar tidak campurtangan dalam proses mahkamah nanti.

“Saya minta Abdullah jangan campurtangan. Ini antara saya dan Mahathir, saya akan tarik dia ke mahkamah,” katanya.

Menurut beliau tentang "perempuan Cina" berkenaaan, perkara itu telah pun lama berlaku dan ramai di kalangan peguam yang mengetahuinya, malah ada yang pernah memberi pendapat agar perkara tersebut diketengahkan kepada rakyat.

Kata Anwar, pada awalnya beliau tidak mahu memanjangkan pergeserannya dengan Mahathir, kerana mahu menumpukan agenda perjuangannya, malah beliau telahpun memaafkan tentang apa yang berlaku ke atas dirinya.

Bagaimanapun, katanya, apabila Mahathir bersikap angkuh dan biadap tidak menghormati kebenaran dan keputusan mahkamah dan terus menfitnah dirinya, tindakan saman tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, di mahkamah nanti beliau akan membangkitkan beberapa skandal penyelewengan Mahathir.

Tambah Anwar lagi, peguam VK Lingam and Co yang mewakili Mahathir turut terlibat dalam penyelewengan skandal Perwaja.

"Saya ada dokumen hitam putih secara bertulis, saya hendak dakwa Mahathir, kalau tidak masuk Penjara Sungai Buloh 6 tahun, biar dia rasa 6 bulan," katanya diikuti tepuk sorak bergemuruh.

Turut berucap pada malam itu Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden parti itu Hj Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau
Pinang.

Anwar telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Mahathir berikutan kenyataannya yang masih mengulangi dakwaannya Anwar seorang peliwat.

Mahathir menghadapi tuntutan saman RM100 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Anwar.

 


Posted at Friday, October 28, 2005 by Safar
Make a comment  




Thursday, October 27, 2005
TENTANG PERKAHWINAN KAWAN....

ASSALAMUALAIKUM
   Tadi pepagi lagi kawan aku si Fauzian kat Serdang tu sms aku. Balas le kami ber sms..tapi aku rasa aku sibuk masa tu so aku pun call le dia...
Dia ada cerita kat aku le..bahawa kawan dia baru je sebulan berkahwin...Kalau kau nak tahu kawan dia tu memeng lelaki lembut. Lembuatnya uhhh memng lembut sesangat..Kalah pelakun zaman P.ramle (latifah Omar kut takkan siput sarawak pulakkkkk)dulu. Pendek kata tolak pintu pun pintu jatuhhhhhhhhhhhhhhhh hahahha... tak le pendek kata tolak pintu pun sungguh penuh kesopanan dan adat resam. dan suara pulak tu..tak yah cakap le...sungguh selembut sepunai alam le suara dia......hehehh
   Dia cerita le dia cakap..dia sebenarnya suka kat pempuan tu dan pempuan tu pun suka gak kat dia...Tapi dia cakap dia kahwin boleh sangat..tapi untuk melaksanakan adegan di katil tu dia rasa entah le..fikir dua kali....( kalau kahwin ngan jantan tu sure le tak yah fikir benda2 tu) heheh maklum le nafsu dia sebagai mana lelaki melihat wanita sebagaimana itulah juga dia pada lelaki..heheh...( tak termasuk aku le...)..Kalau pempuan dapat ditukar ngan besen sekalipun sure kawan dia tu terkam besen tu...lariiii
Pastu dia cakap..dia kahwin atas pilihan keluarga( tapi bukan paksaan spt cerita  Hindustan tu dia.kALAU HINDUSTAN sure le...menyanyi sampai ke taman, ke bukit, ke lautan, ke gunung berapi sekali pun baru le dapat bersatu jua....... Bukan atas dasar paksa dia boleh terima sangat pempuan tu...dan pempuan tu boleh terima dia...dan dia kahwin le....juga akhirnya(rezeki dia le tu kahwin ngan pempuan dari kau orang ni dok mencari sesama jenis wak pe kan.) heheh
   Pastu dia kahwin. Kira malam ke tiga baru dia main@ melaksanakan tanggjung jawab sebagai suami( tercabar gak le keimanan dia atau atas dasar simpati kut pada isteri dia tu) entah2 dia ni jenis yang malu2 dan tak minat pempuan tapi bila dah ada bogel/terkangkang depan mata sooooo hentam jelahhhhhhhhh(kucing takkan menolak ikan)heheh.
   Apapun harapan aku dan semua...semoga dia bahagia ke akkhir hayat.. Kawan dia cakap gak..dia tak kisah kahwin ngan pempuan itu walau pun dia dah awal2 tahu pempuan tersebut adalah seorang yang bisu( senyum aku)...kerana dia juga tahu dia pun cacat juga. So rasanya adil le dia menerima pempuan cam tu..takkan dia nak cari yang sempurna dan secantik alam sejelita Aishwarya Rai atau seseksi Karena Kaporr...sedangkan dirinya sendiri adalah tak sempurna@ sesuatu gitu..heheh
   Tapi yang aku sakit hati sekali pun...ialah dengan sikap kawan aku si Fauzian ni.. Dia cakap dia akan kahwin dengan meletakkan beberapa syarat...u nak tau syarat si kawan aku sial tu opsss puasa beb....kawan akuyang bercita2 tinggi itu...
Syarat dia ialah kalau nak kahwin mesti lah pempuan tu secantik Nasha Aziz hahahhah lariiiiiiiii. Secantik nasha Aziz konon(harus nasha awal2 lagi lariiiiii tengok engkau yang nak berlesbian dengan dia.heheh
   Kedua dia cakap nak kahwin ngan dia mesti lah seorang doktor...(uuupps terkejut aku ngan perkataan doktor ni...maklum le aku ni ada sejarah gak ngan doktor)ayooo doktor lagi(kawan aku tu pekerja pasaraya je boleh ke dua tu mengawan zahir batin kau orang rasa?)....
Itulah syarat dia yang dia nak letakkan...so aku diam jelah...dah itu pilihan dia..
   Aku juga ada gak dengar cerita tentang perkahwinan pondan drag ni ngan pempuan melayu asli( depan tok Imam le kahwin secara sah) bukan kahwin dengan depan kawan2 ni( depan kawan satu spisis)...
Antara kawan aku masa kat u dulu kahwin sesama cikgu gitu....walau pun dia cakap isteri dia tu tubuh ala2 gergasi (nah hempappppppppp)gitu tapi dia terima je sebab dia cakap dia pun tak sempurna..Kawan aku yang satu lagi aku dengar kahwin ngan ustazah..heheheh( harus pinjam tudung zaman pemondanan suami dia dulu)...apapun kalau u nak tau  dapat anak tiap2 tahun lagi...hahahhah (PONDAN KE ITU....)rezeki dia le tu...walaupun masa dulu2 selentok sotong dipasar yang disiram air...tapi bila dah diranjang sekeras keteguhan karang dilautan sepi gitu...hahahha
   Dan ada yang aku dengar dari mulut ke mulut( mulut ke mulut ke hehe)...aku dengar ada si nyah SUCI LAGI bercouple ngan tomboy....so terkejut beruk gak le aku....tapi kalau nak kira...kira ok le kan sebab normal balik le tu ...dari kau orang dok main sama spesis..harus le si tomboy tu jadi ayah dan si pondan alam tu jadi isteri mithali...harus si tomboy tu berangan dialah memiliki 2 biji batu idaman wanita..dan wanita tu juga harus berangan memiliki sekeping...heheh
Itu je untuk hari ni....ok tak cerita aku....


Kisah dua Sahabat

Terdapat sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan.

Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.


Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau.
Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. "Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

"Kau salah ! " suara itu membentak tinggi

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "

"Katakan padaku " tanya lelaki A itu.

"Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan! "

Renungan:
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang terlihat" saja.

Posted at Thursday, October 27, 2005 by Safar
Make a comment  




Next Page
 



Safar
February 14th
Male
PUTRAJAYA

PERSAHABATAN YANG SEJATI..LAYAKNYA KESIHATAN...NILAINYA BARU KITA SEDARI SETELAH KITA KEHILANGANNYA....

ORANG YANG BIJAKSANA SELALU MELENGKAPI KEHIDUPANNYA DENGAN PERSAHABATAN...

JIKA ANDA TIDAK BISA MENJADI PANDAI JADILAH ORANG YANG BAIK

PERLUKAH MERASA KECIL DAN MALU DIHINA? ORANG YANG DIHINA ITU SEBENARNYA MEMUNGUT PAHALA CUMA-CUMA TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH

KENANGAN INDAH MASA LALU HANYA UNTUK DIKENANG..BUKAN UNTUK DIINGAT-INGATKAN



   





 
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

SEORANG SAHABAT ADALAH YANG DAPAT MENDENGARKAN LAGU DI DALAM HATIMU DAN AKAN MENYANYIKAN KEMBALI TATKALA KAU LUPA AKAN BAIT-BAITNYA....

SEORANG TEMAN SEJATI AKAN MEMBUATKAN ANDA HANGAT DENGAN KEHADIRANNYA, MEMPERCAYAI AKAN RAHSIANYA DAN MENGINGATI ANDA DALAM DOA-DOANYA...





 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed